MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan sokongan terhadap Tun Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

“Justeru, saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian PAS dan UMNO untuk memberikan dukungan penuh kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” kata Azmin.

Menurut Azmin, dukungan bipartisan terhadap Perdana Menteri merupakan lembaran baru dalam politik Malaysia di mana kepentingan rakyat diberikan keutamaan.

Katanya, sokongan tersebut adalah bukti keyakinan pelbagai pihak terhadap kepimpinan Mahathir.

Selain itu katanya, sokongan bipartisan ini turut ditampilkan dalam meluluskan pindaan Perlembagaan yang menurunkan had usia mengundi pilihan raya kepada 18 tahun.

Bagi Azmin, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, perbedaan politik akan tetap wujud. Namun, setiap perbezaan itu perlu diurus dengan baik demi menjamin kepentingan rakyat.

“Kepimpinan Mahathir diperlukan untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan (consistency) dasar-dasar Kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang-peluang pekerjaan serta kekayaan untuk semua.

“Saya yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia,” kata Azmin lagi.

Kenyataan Azmin ini jelas menunjukkan bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 dalam tempoh terdekat tidak mungkin berlaku.

Sebelum ini, Anwar pernah memaklumkan bahawa mempunyai cukup sokongan untuk menjadi PM.

Namun, pergolakan dalaman PKR menjadikan parti itu berpecah dua antara kem Anwar dan kem Azmin.

Perpecahan semakin ketara apabila isu video semburit timbul dan kedua-dua kem saling berbalas serangan secara terbuka.

Konflik dalaman itu dijangka menjejaskan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri apabila ada pemimpin PKR sendiri yang tidak mahu presiden mereka menggantikan Tun Mahathir. – 29 Julai 2019.

4 COMMENTS

  1. For the moment probably that’s the best option , to stabilise the Political situation and the running of the Govt ! Let’s all parties calm down , for the sake of the Govt to administer the state , and steadily wait for the GE , if there’s to be a New Govt chosen by the People !! Let’s put aside all,forms of Dirty Politics , and let the People decides for their own future !!!

  2. Pendirian Azmin Ali menyokong Tun Mahathir menhabiskan pemerintahan nya penggal ini bermakna secara halus menghasut PM itu supya tk patuh kpd perjanjian penyerahan kuasa PM ke8 kpd Anwar selepas pemerintahannya 2 th. Org Islam munkir janji bila berjanji Berdosa Besar, Penghasut supaya mungkir janji juga Berdosa Besar, kecuali ada sebab 2 yg tk dpt dielakkan spt kematian dsb.

  3. inilah realiti politik dan manusia…semua org mmentingkan perut sendiri dulu….org lain no.2…w/pun dulu musuhku no.1…kini ku sanjung tinggi…..ha..ha..ha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.