Lim Kit Siang sebenarnya menghina Islam apabila menyatakan “keagungan” tamadun Islam tidak boleh dikembalikan jika asasnya klepto-teokrasi.

Soalnya siapa yang kata Tamaddun Islam mahu dibina berasaskan kleptokrasi. Itu menghina namanya.

Sebenarnya Kit Siang tidak senang kenyataan bersama Tun M dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk mengembalikan semula keagungan Tamadun Islam.

Pada Lim Kit Siang itu usaha untuk mengembalikan sistem Islam seperti hudud. Itu pemikiran rasis beliau.

Lagi pun Erdogan menyokong kuat Ikhwan Muslimin Mesir yang mahu menegakkan syariat sedangkan DAP pula mahu Malaysia kekal sebagai negara sekular.

Untuk memberi persepsi buruk kepada usaha tersebut, Kit Siang kaitkan dengan isu klepto-teokrasi. Sasarannya ialah Najib-Ustaz Hadi yang kononnya pembohong dan perasuah.

Tetapi bukankah Lim Kit Siang pembohong besar kerana menafikan pernah menuduh Tun M sebagai bapa rasuah.

Sebelum PRU ke 13 (2013), Kit Siang mengistiharkan jika Pakatan Rakyat menang, Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat Tun M kerana kehilangan wang negara RM100 Bilion selama 22 tahun pemerintahannya.

Kit Siang dan anaknya pembohong besar. Malaysia Baru gagal, ekonomi merudum dan rakyat semakin susah.

Sebab itu dia tidak berani berdebat dengan Najib. – 29 Julai 2019.

DATUK MOHD PUAD ZAKARSHI,
Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.