Thursday, October 21, 2021
Home Berita Mat Sabu, sila dedahkan siapa biayai parti kamu, kata Zahid

Mat Sabu, sila dedahkan siapa biayai parti kamu, kata Zahid

4

MOHAMAD Sabu, Presiden PAN, dicabar untuk mendedahkan entiti yang membiayai parti itu.

Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu juga dicabar untuk menafikan bahawa punca kewangan parti tersebut sebenarnya adalah dibiayai oleh DAP.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, penafian juga perlu dilakukan bagi menepis dakwaan tentang pembabitan DAP pada awal penubuhan PAN.

“Saya buat cabaran terbuka terhadap Mat Sabu untuk menafikan siapa yang membiayai Amanah (PAN) hingga sekarang? Sila nafikan bahawa Amanah (PAN) telah dibiayai oleh DAP dari segi kewangan.

“Jangan menuduh Pas terima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bawa kes itu ke mahkamah di London dan tiada bukti mahupun saksi mereka menerima dana kononnya melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Menurut beliau, perpecahan di dalam Pas berlaku lebih awal daripada Umno ekoran perancangan oleh DAP untuk menarik 10 peratus sokongan orang Melayu.

Untuk menjayakan rancangan itu, PAN ditubuhkan dengan keperluan dana pergerakan parti itu dibiayai DAP.

“Itu perancangan halus DAP yang akhirnya mereka menang. Parti Bersatu pun diwujudkan atas cadangan DAP, Amanah juga diwujudkan atas cadangan mereka,” katanya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Najib Razak turut mendakwa penubuhan Bersatu adalah hasil dari idea ‘boss’ DAP iaitu Lim Kit Siang.

Dakwa Najib, cadangan itu adalah bagi memastikan Melayu berpecah kepada lebih banyak parti, dan berlawanan sesama sendiri semata-mata untuk memahat kuasa mereka terhadap negara bangsa.– NTHQiBORD, 29 Julai 2019.

4 COMMENTS

  1. Mat Sabu sendiri dibayar oleh DAP seperti di dedahkan oleh Muhamad Razali abdul Rahman , Sila lihat diUtube atas nama itu. Dan traskripnya dilampirkan di bawah,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.