ANAK muda Gagasan Sejahtera setuju untuk mengukuhkan Gagasan Sejahtera dengan memperkukuhkan hubungan permuafakatan bersama Umno, MCA dan MIC.

Ia termasuk, Gabungan Parti Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab-kelab, serta persatuan anak muda yang dengan tujuan menyediakan platform suara anak muda dimartabatkan bagi membina bersama Malaysia Sejahtera.

Anak muda Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia, Pemuda BERJASA dan Pemuda IKATAN itu mengadakan pertemuan mereka di Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin, pertemuan yang diadakan ini juga menjadi titik mula kepada memperkukuhkan hubungan di kalangan Pemuda Gagasan Sejahtera.

Antara intipati lain yang dipersetujui dalam pertemuan itu katanya, ketiga-tiga parti komponen berkenaan bersetuju untuk menggandakan usaha memperkukuhkan Pemuda Gagasan Sejahtera melalui pertemuan berkala dan memperbanyakkan program-program bersama.

Pihak berkenaan turut bersetuju mewujudkan jawatankuasa bersama bagi memperkasa media dan memperjuangkan isu-isu anak muda.

“Dengan ini kami sekali lagi menegaskan komitmen Pemuda Gagasan Sejahtera untuk memartabatkan suara anak muda serta mengemblengkan tenaga dan idea pemuda seluruh negara untuk anak muda bersama-sama menyumbang dalam pembinaan Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Khairil juga menambah, permuafakatan ini adalah bagi membela anak muda di mana semakin tidak tersusun di bawah pentadbiran Kerajaan PH. – 29 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.