SEBAK apabila mendengar lagu tribute untuk arwah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Video nyanyian bertajuk ‘Kemarin’ dinyanyikan oleh seorang anggota bomba untuk arwah Adib, tular di ruang maya.

Anggota bomba tersebut menggunakan nama samaran ‘ezwanbrootwinz’.

Antara bait sedih lagu itu yang menggambar kehilangan Adib termasuk ialah ‘kini sendiri di sini, mencarimu tak tahu di mana, semoga tenang kau di sana, selamanya.’

Lagu terbabit dimuatnaik di YouTube oleh akaun ‘celoreng bomba’ dengan jumlah tontonan 1.1 juta kali.

Sebanyak 777 komen dititipkan di pautan tersebut sebagai memperingati tragedi menimpa arwah Adib.

Adib, 24, anggota unit bomba EMRS dari balai bomba Subang Jaya, parah dipercayai dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara.

Rakyat mendesak kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menuntut bela kematian Adib tetapi tuntutan itu tidak diendahkan.

Sebaliknya, Peguam Negara, Tommy Thomas mengarahkan inkues siasatan kematian Adib yang berakhir dengan penuh kontroversi susulan pemecatan peguam yang mewakili keluarga Adib, Syazlin Mansor.

Inkues itu sudah berakhir minggu lalu tetapi keputusannya masih samar dan ini mengundang keraguan rakyat bahawa keadilan untuk Adib mungkin tidak dapat ditegakkan dengan betul. – 29 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.