TIMBALAN Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat mengalami kegagalan buah pinggang, kata sumber yang rapat dengan keluarga beliau.

Menurut sumber itu, Azam mengalami jangkitan pada buah pinggangnya dan bakal kehilangan salah satu organ tersebut.

Sumber itu memberitahu NTHQiBord, Azam sudah dimasukkan ke ICU sejak semalam dan masih dalam proses rawatan.

Bagaimanapun sumber enggan mendedahkan nama hospital tempat Azam dirawat bagi menghormati permintaan keluarganya.

Mengikut rekod, Azam memegang jawatan tersebut sejak 4 Oktober 2016 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang antirasuah.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM. – NTHQiBord, 29 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.