KURANG daripada sehari, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad menarik semula hantaran di Twitter selepas dipercayai menuduh seorang pengguna Facebook, Muhsin Latheef menyebar sebagai Wendy Loong.

Wendy merupakan pengguna Facebook yang mencetuskan kontoversi kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di media sosial baru-baru ini.

Selain membuat tuduhan terhadap Muhsin, Khalid turut mengaitkan golongan agama, UMNO dan PAS dalam tulisannya

“Kerja golongan nak jatuhkan PH. Menyamar sebagai Cina untuk mencetuskan ketegangan kaum/agama. Yang bodoh dalam UMNO dan PAS pasti terpengaruh.

“Ulama turut mengapi-apikan semangat perkauman atas nama ‘Islam’. Tak ada modal selain perkauman. Wendy Loong sebenarnya Muhsin Lateef,” tulis Khalid.

Khalid kemudiannya menarik balik tuduhan bahawa Muhsin Lateef adalah Wendy Loong.

“Oleh kerana soalan sama ada Muhsin Latheef adalah Wendy Loong atau sebaliknya satu perkara yang belum lagi pasti. Maka saya tarik balik post saya yang menyebut Muhsin Latheef sebagai Wendy Loong,” tulis Khalid.

Sementara itu, Muhsin Lateef menafikan bahawa beliau adalah ‘Wendy Loong’. Dalam satu hantaran di Facebook, Muhsin berkata, beliau telah membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut.

Muhsin turut meminta peguamnya mengambil tindakan terhadap pihak yang menuduhnya sebagai Wendy Loong.

“Satu laporan polis akan dibuat ke atas no telefon 013-400 **** kerana menyebarkan fitnah ke atas saya, Muhsin Latheef dengan mengatakan saya adalah Wendy Loong yang menghina baginda Rasullulah.

“Saya akan meminta peguam saya Dr. Shamsher Singh Thind untuk mengeluarkan satu saman terhadap individu ini dan beberapa individu lain termasuk laman-laman politik yang terlibat. Saya menafikan sekeras-kerasnya, bahawa saya bukan pelakunya!” kata Muhsin.

Sebelum ini, nama ‘Wendy Loong’ meletup selepas hantaran dalam Facebook menghina Nabi Muhammad SAW.

Berikutan itu, banyak pihak yang membuat laporan polis membantah serta mendesak tindakan diambil serta-merta.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, lebih 483 laporan polis telah dibuat terhadap ‘Wendy Loong’. – 29 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. Jangan2 Khalid Samad ni hanyalah nama samaran Beruk yang terlepas dari Zoo tak? Mungkin Beruk ni pakai topeng bentuk manusia. Tapi Beruk ni pakai topeng manusia bangsat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.