Monday, September 20, 2021
Home Berita Langgar konsensus, Azmin ‘dibalun’ pensyarah

Langgar konsensus, Azmin ‘dibalun’ pensyarah

1

PENDIRIAN Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang mahu Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal melanggar konsensus dalam Pakatan Harapan (PH).

Konsensus dalam PH ialah Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun selepas PH membentuk kerajaan.

Ini yang ditegaskan Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali.

Beliau berkata, pendirian Mohamed Azmin juga bercanggah dengan semangat permuafakatan dalam PKR yang diterajui Anwar.

“Kenyataan Azmin juga mampu mencetuskan krisis yang lebih besar dan mencetus ketidakstabilan dalam parti.

“Ini kerana Azmin akan dianggap sebagai mengkhianati parti sendiri dan akan mencetuskan bantahan dari penyokong-penyokong Anwar,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Tambah Mazlan, krisis yang berpanjangan dalam PKR akan mengurangkan sokongan rakyat kepada PH yang mungkin jemu melihat gelagat ahli-ahli politik yang lebih banyak bermain politik.

“Sedangkan, rakyat mahu kerajaan memberi fokus kepada usaha mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi,” tegasnya. – NTHQiBORD, 30 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Sebagai seorang ahli politik veteran.
    Sepatutnya azmin xperlu bercakap keluar dari konsesus yg telah dipersetujui oleh semua kempimpinan ph.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.