BUDAYA LGBT sekarang ini macam seolah-olah adalah perkara biasa berlaku dalam negara sehinggakan isu ini dipandang remeh serta disokong oleh sesetengah pihak.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, isu LGBT ini bukanlah perkara baharu cuma ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu isu ini masih terkawal.

“Apa yang membimbangkan saya ialah pada ketika ini ia berselindung di belakang parti politik.

“Ia seolah-olah ada pihak yang menyokong dan ini semakin membuka kepada mereka untuk membuat perkara LGBT,” katanya dalam program bual bicara bersama Nothing To Hide baru-baru ini.

Sebagai contoh, Fathul Bari berkata, beliau pernah menegur sebuah syarikat pakaian di Malaysia yang menyediakan tabung khas untuk gerakan golongan itu dan syarikat berkenaan mempertikaikan teguran itu.

“Dia kata, UMNO ini rigid dan ada membuat tuduhan pemimpin parti kita ada yang menyokong gerakan itu serta sebagainya,” katanya.

Selain daripada itu, beliau mengulas Tun Dr Mahathir sendiri pernah secara terbuka menolak budaya LGBT itu dibawa masuk ketika ditanya dalam satu dialog di luar negara.

“Tun M pernah umumkan dalam clear cut dalam dialognya, ketika di London dahulu.

“Beliau ketika dalam siri dialog tersebut disoal tentang isu gay dan LGBT memberi jawapan, sekiranya mahu buat di sini tiada masalah.

“Dengan tegas beliau beritahu tetapi budaya ini tidak boleh boleh dibawa masuk ke negara saya,” katanya.

Fathul Bari berkata, sudah jelas budaya tersebut perlu diberi perhatian serius dan ahli Parlimen perlu berbincang soal ini.

“Kita inginkan kerajaan membuat satu dasar pada semua syarikat-syarikat antarabangsa yang datang ke Malaysia yang ingin membuat pelaburan, mereka hendaklah mematuhi terma dan syarat negara ini.

“Sebabnya jangan marah bila orang kata kalian Malaysia baharu yang dibawa ini adalah satu nama sahaja.

“Usaha-usaha menormalisasikan idealisme, menormalisasikan sikap-sikap akhlak yang tidak baik seperti LGBT, menormalisasikan penindasan kepada Melayu dan Islam masih berlaku,” katanya.

Jelas Fathul Bari, kalau kerajaan PH dakwa kerajaaan BN dahulu pernah buat perkara sama bukan beerti itu adalah perkara yang perlu diteruskan.

“Tunaikan dahulu manifesto dan janji kerajaan baharu kepada rakyat bukan ambil tindakan sebaliknya menindas mereka,” katanya. – NTHQiBord, 30 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.