SAYA ingin bertanya Dr. Mahathir, mengapa dia tidak mahu ambil Azmin masuk sahaja ke dalam parti dia Bersatu?

Azmin sedang terkontang-kanting dalam PKR sekarang.

Parti dia PKR dan Presiden parti pun sudah tidak mahu dia.

Dan untuk langgar Presiden parti iaitu Anwar, Azmin tidak ada cukup sokongan pula.

Untuk keluar PKR dan masuk parti lain selain Bersatu (e.g. Gerakan) pula penyokong-penyokongnya tidak mahu ikut dia.

Situasi politik Azmin kini dalam keadaan terdesak walaupun dia cuba menyoroknya.

Nampaknya Dr. Mahathir pun tidak mahu bantu Azmin walaupun sebenarnya Mahathir boleh sahaja jemput Azmin masuk Bersatu jika dia (Mahathir) ikhlas ingin menyelamatkan Azmin.

Dengan bantuan DAP dan PAN dan keretakan dalam PKR, Mahathir sudah cukup kuat.

Anwar tidak lagi boleh menggugatnya dan Mahathir tidak lagi perlukan Azmin.

Dia (Mahathir) hanya menggunakan
mereka berdua (Azmin dan Anwar) untuk kekal menjadi Perdana Menteri sehingga PRU-15 dan seterusnya.

Karier politik Azmin nampaknya sudah malap dan hampir terkubur.

Dan Anwar pula sampai bila-bila akan menjadi bakal Perdana Menteri. – 30 Julai 2019.

ISHAM JALIL,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Saya bersependapat yg Sama…Tun secara peribadi nya mungkin Masih menaruh harapan supaya parti Bngsa Melayu UMNO Dan PAS untuk menyertai PPBM demi memudahkan percaturan politik beliau khasnya bagi penguasaan majoriti dlm PH seterusnya memiliki semula peneraju kerajaan oleh Bangsa Melayu .Dan disini lah nanti akan terlantik PM ke 8 serta angguta kabinet baru nya daripada Bangsa Melayu yg tentunya Dari parti UMNO Dan PAS …..walaubagaimana pun keadaan ini seperti tidak akan berlaku kerana Pas Dan UMNO telah membentuk kesatuan umah ….pun begitu Tun Mahathir sememang ya tidak sesekali akan menyerahkan PM ke 8 kelak kepada Anwar mau pun Azmin..kerana mereka ini adalah mereka2 yg pernah menghina,menentang beliau juga umno ,sifat tamak yg sanggup bersekongkol dengan DAP ditambahtokok pula kejijikan sifattabii nya yg amat luarbiasa! Berarti TIDAK untuk mereka berdua ini…Akhir sekali tanggapan saya mungkin Tun akan membuat UTurn sekali lagi berserta Ahli PPBM yg lain kepangkuan UMNO PAS atau akan mengambil jalan agak sukar iaitu membubarkan parlimen…ini adalah pandangan peribadi Dan tidak melibatkan sesiapa jua.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.