PENDUDUK Kota Masai di Pasir Gudang mendakwa satu lagi pencemaran udara di kawasan itu.

Perkara itu dilaporkan oleh laman Facebook, Pray For Pasir Gudang yang memuat naik tangkap layar komen pengguna Facebook mengadu mengenai pencemaran bau di Kota Masai.

Laporan itu mendakwa kejadian tersebut berlaku pukul 12.30 malam tadi.

Sehubungan itu, penduduk Kota Masai meminta penjelasan daripada pihak berkuasa berkenaan bau misteri itu.

“Apa jaminan terhadap masa depan kami jika berlaku apa-apa.

“Adakah bau ini negatif atau positif terhadap kesihatan jangka masa panjang,” soal pengendali Facebook itu.

Jika benar, ini merupakan kali keempat pencemaran bau berlaku di Pasir Gudang.

Kali pertama berlaku pada Mac lau apabila ribuan penduduk terjejas dan ratusan sekolah ditutup akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Beberapa bulan kemudian dua kali gangguan kesihatan berlaku sehingga memaksa penutup beberapa buah sekolah.

Penduduk kawasan itu sudah berulang kali menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap cara kerajaan menangani isu tersebut.

Tiada pengumuman rasmi dibuat susulan kes pencemaran terbaharu itu. – 30 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.