AHLI Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pemimpin PAS sebagai khianat kepada pengundi.

Menurut Sanusi yang juga Adun Jeneri, sejak menjadi pemimpin Parti Amanah Nasional (Amanah) dan menyertai PH, dan diberikan jawatan Timbalan Menteri, sensitiviti terhadap judi dan premis perjudian pun hilang.

Walaupun tidak menyebut nama individu tersebut, tetapi jika merujuk kepada jawatan dan tempat dibuka premis judi tersebut, sindiran itu ditujukan kepada Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

“Tukar parti saja kan – bukan tukar agama pun, kata mereka itu mewajarkan pengkhianatan,” sindir Sanusi dalam Facebook beliau.

Sindiran Sanusi itu merujuk kata-kata pemimpin Amanah itu ketika memberi alasan semasa keluar PAS dan menyertai parti baharu.

Amanah juga mendakwa memperjuangkan Islam, malah berkata lebih baik daripada PAS.

Namun, kejadian terkini yang berlaku di Kedah menunjukkan dakwaan mereka memperjuangkan Islam mula dipertikai.

“Kini mereka berkhianat pula kepada pengundi mereka apabila bermudah-mudahan dengan kemasukan premis sport toto ke kawasan yang majoritinya adalah umat Islam,” kata Sanusi.

Pembukaan premis judi itu mendapat bantahan daripada penduduk tempat. Mereka berkumpul di hadapan premis berkenaan sambil mengangkat sepanduk mengecam Mahfuz.

Berdasarkan surat yang ditularkan, premis tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan. – 30 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.