KELAB Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM) menawarkan sebuah kereta Mercedez Benz Klasik bagi sesiapa yang dapat mencari lelaki mirip Datuk Seri Azmin Ali.

Tawaran itu dikemukakan oleh Timbalan KPPUM, Zamil Ibrahim menerusi satu video dan poster yang tersebar menerusi media sosial.

Tawaran tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membawa kepadanya lelaki mirip wajah Azmin.

Zamil memberi tempoh selama dua minggu bermula semalam (29 Julai 2019) sehingga 11 Ogos 2019 untuk mencari lelaki tersebut.

Katanya, jika selepas tarikh tersebut, tiada lelaki mirip Azmin, beliau mencabar Tommy melepaskan jawatan beliau jika tiada sebarang tindakan atau keputusan berhubung isu video semburit yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR itu.

“Isu video ini melibatkan negara dan maruah negara serta mencalarkan imej negara.

“Jika Tommy tidak mampu menggalas sebagai Peguam Negara, saya atau mana-mana individu sedia menggantikan beliau,” katanya.

Kes video homoseks masih belum ada kesudahannya walaupun polis sudah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, beberapa individu sudah ditahan polis termasuk salah seorang pelakunya, Haziq Abdullah Aziz, tetapi semuanya sudah dibebaskan.

Haziq mendakwa Azmin sebagai pasangannya homoseksnya dalam video tersebut, tetapi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menafikannya.

Isu video itu juga menyaksikan perpecahan semakin teruk berlaku dalam PKR apabila kem Azmin dan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim saling berbalah.

Azmin mendakwa video itu didalangi oleh orang PKR sendiri manakala Anwar menggesa Azmin agar meletak jawatan jika beliau benar terlibat. – 30 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.