LAGI desakan agar Datuk Seri Azmin Ali melepaskan jawatan.

Tetapi kali ini bukan kaitan dengan isu video homoseks, sebaliknya soal kegagalan Azmin hadir ke mesyuarat tertinggi parti sejak November 2018.

Desakan itu dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tanjung Malim, Muhamad Alif Asyraf yang menyifatkan Azmin gagal gagal memikul amanah dengan baik.

Muhamad Alif berkata, ketidakhadiran Mohamed Azmin ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sejak November lepas seperti didedahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merupakan satu pelanggaran disiplin yang tidak seharusnya berlaku.

“AMK Cabang Tanjong Malim menasihatkan Mohamed Azmin untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan sukarela.

“AMK Perak melihat beliau tidak berjaya memikul amanah sebagai Timbalan Presiden dengan baik.

“Ini menunjukkan Mohamed Azmin tidak lagi meletakkan organisasi PKR sebagai yang perlu beliau utamakan.

“Sikap acuh tidak acuh terhadap mesyuarat ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromi kerana memberikan teladan amat tidak baik kepada ahli parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhamad Alif, apabila Mohamed Azmin selaku Timbalan Presiden gagal memberikan komitmen, beliau khuatir dengan nasib parti itu yang perlu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. – 31 Julai 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.