INKUES kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim telah tamat seminggu lalu.

Namun tiada sebarang keputusan dimaklumkan hasil inkues tersebut walapun Mahkamah Koroner Shah Alam mendakwa sudah ada keputusannya.

Keluarga Adib dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya tertunggu-tungu tindakan lanjut daripada pihak Peguam Negara, Tommy Thomas.

Dalam hal ini, Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM), Zamil Ibrahim mahu Peguam Negara tampilkan empat tertuduh yang sebelum ini ditahan berhubung kematian Adib.

“Saya minta Peguam Negara, tampilkan empat orang yang dituduh terbabit dalam kematian Adib.”

“Perkara ini penting supaya rakyat dapat tengok, di samping sebagai bukti bahawa tertuduh masih ada di Malaysia,” kata Zamil ketika dihubungi NTHQiBord hari ini.

Selepas kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu, polis telah menahan ramai perusuh dan kemudiannya empat daripada mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Siasatan itu berhubung kait dengan kecederaan yang dialami Adib, dipercayai akibat dipukul perusuh sebelum anggota bomba itu meninggal dunia tidak lama kemudian.

Keempat-empat tertuduh kemudiannya dibebaskan, dua melalui bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sejak itu, tiada apa-apa berita berkenaan empat suspek terbabit.

Inkues kematian Adib tamat pada 14 Julai lalu selepas 41 hari pendengaran kes selain 30 saksi dipanggil. Prosiding inkues itu memakan masa lima bulan.

Kes Adib disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai drama disajikan kepada rakyat, seolah-olah cuba mengelirukan umum tentang punca sebenar kematian Adib.

Ada pakar yang dipanggil mendakwa Adib dipukul manakala ada juga yang bercanggah bahawa arwah dilanggar kenderaan bomba.

Kemelut inkues itu makin memuncak apabila peguam yang mewakili keluarga Adib, Syazlin Mansor dipecat Peguam Negara sedangkan beliau dilantik oleh Tommy sendiri.

Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Allahyarham sebelum itu cedera parah ketika bertugas dalam kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018. – NTHQiBORD 31 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.