KELAB Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia ( KPPUM ) mendapati terdapat sedikit kekecohan apabila anggota keluarga diraja ‘tersedar kedudukkan tempat duduk Datuk Seri Najib Razak telah diubah ke bahagian belakang.

Pihak Istana tidak senang dengan keputusan tersebut kerana terdapat campurtangan politik dan menegaskan susunan kerusi itu hendaklah dibuat selaras dengan protokol yang diwartakan kerajaan.

Najib sepatutnya akan duduk bersebelahan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Musa Hitam.

Protokol Istana telah menetapkan bahawa kedudukan bekas Perdana Menteri adalah pada kedudukan ke 10 sementara Perdana Menteri pada kedudukan keenam.

Jesteru itu, kedudukan masing-masing adalah berdekatan (vicinity) atas status jawatan yang mereka pegang atau pernah pegang.

Tempat duduk disusun semula dan ia tidak disentuh sehingga pukul 7 pagi pagi ketika pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO) masuk.

Pegawai itu meminta kerusi Najib dipindahkan dan ditempatkan di barisan Orang Besar Pahang, sebagai Dato Shahbandar dari Pahang.

Perubahan susunan kerusi hanya dimaklumkan kepada pihak Najib pada saat saat akhir awal pagi tadi.

Masa terlalu singkat untuk Najib menyediakan pakaian rasmi Orang Besar Pahang kerana pakaian dan orang yang biasa membantu beliau bersiap dalam pakaian rasmi tersebut didatangkan khas dari Pekan, walhal belIau perlu tiba di Istana tepat pada 8.30 pagi.

Orang biasa mungkin tidak menghargainya, tetapi di Istana, Najib dijangka menghormati dan mematuhi protokol kod pakaian.

Menurut sumber, Istana enggan berkompromi dengan perubahan saat akhir yang tidak menghormati keputusan Istana.

Pegawai PMO mengancam bahawa Tun Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri Istiadat Pertabalan ini jika kerusi Najib diletakkan sebaris dengannya selaku Mantan Perdana Menteri.

Saya sebagai rakyat Malaysia merasa terguris dengan apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Najib dengan apa yang diperlakukan terhadapnya.

Sangat biadap dan tidak menghormati Pihak DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Adakah hal dalam Istana atau tetamu Istana pun Tun M nak ganggu?

Kata seseorang dari Bandar Muar Johor pada saya petang tadi; “Bila lari dari jalan Allah, semakin hari, hati sudah semakin membusuk dan pintu taubat semakin tidak kelihatan buat Si Maha Firaun.” – 31 Julai 2019.

ZAMIL IBRAHIM,
Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. Pada sempena Hari terpenting Sejarah Malaysia kita iaitu Hari Istiadat Pertabalan AGONG, Mahathir Mohamad tunjuk kurang ajar nya berdurhaka kepada Raja dan Negara dengan buat kecoh dalam susunan atur acara Protokol kesusunan tempat duduk yang di tetapkan dan tidak boleh di sentuh . Mahathir telah paksakan pihak Istana Agong langgar peraturan ketat Istana dan arah kedudukan kerusi kesepuluh, ia itu Kerusi DS Najib Razak di pindahkan dari tempat asal itu. dan di tempatkan jauh dari Kerusi Mahathir Mohammad.Walhal barisan asal ialah atas status jawatan yang mereka pegang atau pernah pegang.
    Apa Sudah jadi Kepada Kekebalan Raja2 dan Istana.??
    Seorang biasa bangsa mamak seperti Mahathir Mohammad boleh mansuh PROTOKOL ADAT ISTIADAT RESAM TANAH PUSAKA MELAYU NUSANTARA????

    APA NAK JADI KEPADA PERLEMBAGAAN ASAL TANAH MALAYA, kini sudak jadi tanah Mamak Mahathir Mohammad ke??
    Kerana satu titik Nila , satu belangga susu dibinaskan……

  2. Diakhir hayat TM jiwanya kacau tiaca kedamaian dan ketenangan diselaputi dengan dendam kesumat…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.