HOTEL Four Point Sandakan, Sabah menjadi tumpuan dalam kontroversi video semburit menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Pihak pengurusan hotel tersebut bertegas mereka sudah menyerahkan semua rakaman CCTV yang diperlukan kepada pihak berkuasa, susulan dakwaan rakaman di luar bilik yang didakwa berlaku hubungan seks sejenis itu dipadamkan.

“Kami tahu mengenai laporan baru-baru ini mengenai insiden membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Azmin Ali,” kata seorang jurucakap hotel yang tidak dinamakan.

“Kami boleh mengesahkan kami bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan sudah menyerahkan semua rakaman CCTV keselamatan hotel berkaitan kepada pihak berkuasa seperti diminta mereka pada 14 Jun 2019.”

Jurucakap itu berkata, sebarang pertanyaan berkenaan siasatan perlu ditujukan kepada Bukit Aman yang diberi kuasa melakukan siasatan.

Awal bulan ini, klip video yang didakwa rakaman CCTV di Hotel Four Points dimuat naik ke YouTube dan ia menunjukkan individu menyamai Azmin, Haziq dan juga Setiausaha Politik Azmin, Hilman Idham melalui kawasan koridor hotel.

Rakaman CCTV itu tular dan menguatkan lagi kepercayaan masyarakat bahawa Haziq bercakap benar dalam pengakuan terbukanya di sosial media mengenai perlakuan songsangnya bersama Azmin.

Haziq menamakan hotel itu sebagai tempat hubungan semburit itu berlaku dan menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam beberapa klip video tersebar sejak bulan lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR itu menafikan dakwaan itu biarpun laporan Cyber Security Malaysia mengesahkan video itu adalah tulen. – NTHQiBORD, 31 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.