SETELAH diasak dengan pelbagai tohmahan, termasuk dakwaan tidak sokong presiden parti sendiri, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau sentiasa diajar supaya bersabar dan redha.

“Janganlah kita berperangai ibarat peribahasa melayu — bagai anjing mengunyah tulang,” ciapnya di Twitter.

Dalam kamus Dewan, peribahasa anjing menguyah tulang membawa maksud orang yang suka merungut-rungut.

Beberapa hari lepas, Amirudin menjelaskan ketidakhadirannya ke mesyuarat Majlis Kepimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diadakan pada Ahad lalu kerana terperangkap dalam kesesakan trafik.

Dakwa Amirudin, jadual programnya yang jauh juga antara sebab kenapa beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut meskipun telah cuba untuk berbuat demikian.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor itu dilihatkan lebih cenderung menyokong Azmin Ali dalam isu video semburit, hingga tidak menghadirkan diri dalam banyak perjumpaan PKR yang dipengerusikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Amirudin juga dikritik kerana gagal mengendalikan isu air di Selangor, selain memberi maklumat salah mengenai punca pencemaran air di negeri itu.

Beliau mendakwa, pencemaran air di Selangor berkemungkinan akibat di sabotaj pihak tertentu yang mahu merosakkan prestasi kepimpinannya.

Bagaimanapun, pihak polis melalui satu siasatan rapi menepis dakwaan Amirudin bahawa pencemaran diesel bukan disebabkan sabotaj atau pemancing, sebaliknya kecuaian syarikat yang dilantik kerajaan Selangor.

Desas desus mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor turut bertiup kencang kerana Amirudin didakwa gagal mengendalikan Selangor, berbanding beberapa Menteri Besar yang sebelumnya. – NTHQiBORD, 31 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.