TINDAKAN Datuk Seri Azmin Ali yang mahu Tun Mahathir Mohamad diberi ruang berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) adalah sesuatu yang 100 peratus salah atas kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Ini yang dikatakan Shahbudin Husin, seorang penulis yang juga merupakan bekas Ketua UMNO Wangsa Maju.

Pengkhianat Pakatan Harapan

Sebagai salah seorang Naib Presiden PH, Azmin didakwa telah khianat kepada ketetapan PH apabila sebelum PRU14, telah ada konsensus berhubung peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan yang demikian, perlakuan Azmin yang tidak lagi setia kepada PKR dan PH, malah condong kepada PAS sebagai sebuah parti pembangkang, dalam apa sifir sekali pun, selain salah, adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan,” tulisnya.

Pengkhianat Mahathir

Tambah Shahbudin, apa yang menjadi pertikaian adalah sifat bermuka-muka Azmin yang mempamerkan sifat berbeza sebelum PH menang pada PRU14.

Sebenarnya, Azmin merupakan pemimpin PH yang terakhir bersetuju dengan ketetapan bahawa Tun Mahathir adalah calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang PRU-14 lalu.

Jelas Shahbudin, Azmin bersama beberapa penyokongnya, terutama Zuraida Kamaruddin, sejak awal lagi dengan keras menolak pencalonan Tun Mahathir dan mahukan pemimpin yang lebih muda diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.

“Oleh kerana Tun Mahathir dianggapnya sudah terlalu tua dan Anwar pula ketika itu masih berada dalam penjara, maksud orang muda yang dimahukannya sebagai calon Perdana Menteri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.”

Pengkhianat Anwar Ibrahim

Azmin, seorang pemimpin politik yang bermain dengan gerak tubuh yang mempersonakan ketika menyampaikan ceramah.

Setiap kata-katanya disusun bagai seorang profesor yang bijak dan ‘wisdom’ (berfikiran luas).

Sehinggakan, dia mempunyai begitu ramai pengikut dari PKR yang setia menyokongnya walau apa jua musibah menimpa Azmin, termasuklah isu video semburit.

Namun, tidak ramai yang mampu meneka sejauh mana dosa Azmin dalam pertempuran politiknya, dan sejauh mana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Setelah cuba mengkhianati Tun Mahathir sebelum PRU14, kini dia ‘mendayung’ lebih gigih untuk memotong barisan, walaupun terpaksa ‘menikam bosnya’ sendiri iaitu Anwar.

Setelah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin dilihat lebih banyak menghampiri Tun Mahathir, berbanding Anwar.

Beliau kerap memuji-muji Perdana Menteri itu, di media sosial mahupun di pelbagai kempen politiknya.

Beliau mula menjarakkan diri dengan tidak menghadiri mesyuarat dan perjumpaan PKR, dan ‘menyusun pasukannya’ ke dalam jawatan tinggi kerajaan tanpa restu Anwar Ibrahim.

‘Akulah bakal PM’

Azmin pada hari ini berada pada keyakinan yang amat tinggi bahawa individu yang dia pernah khianati dahulu, Tun Mahathir Mohamad akan terus membelanya.

Azmin cukup yakin pada langkahnya untuk menjadi Perdana Menteri dengan jawatan utamanya dalam Khazanah Nasional, dan menjadi ‘bos’ besar dalam menguruskan Felda serta beberapa aset penting kerajaan Malaysia.

Azmin cukup percaya pada dirinya bahawa pengkhianatan itu adalah satu pengkhianatan yang suci, kerana selalu merasakan dirinya lebih baik, berbanding orang lain! -NTHQiBORD, 31 Julai 2019.

4 COMMENTS

  1. Sy percayakan azmin ali selagi makahmah belum jatuh hukaman terhadapnya,sy bukan ahli bersatu,pkr,dap,gerakan dan pas,tapi sy sokong tun m dari dulu smpai skrg,sy pun setuju jika tun m perdana menteri skrg teruskan tugasnya sehingga habis penggal

  2. Azmin patut khianati Anwar kerana anwar tak layak jadi perdana menteri kerana isterinya adalah TPM lagi pun anwar menjadi MP pun selepas pru 14

  3. Berani saya tegaskan di sini, Azmin sepatutnya menyokong Anwar krn naik namanya n pengaruhnya dlm politik banyak kaitannya dgn Anwar n PKR. Tiba2 dia mahu melawan Anwar. ini menunjukkan dia ini Rakus n Mabuk kuasa, tk sabar2 lagi. Dia tk sedar menjadi kapak memecahbelah PKR.Apakah ini baik n mendpt pahala @ mendpt dosa? Bagi saya ini bkn berpahala, tp berdosa. Kalau ada yg menyokong kerja2 Azmin ini, org itupun terpalit dosa sama, krn termasuk dlm bab khianat. Fikirlah…
    .
    .

    .

  4. Orang Melayu nie hebat .agam Islam.tapi punya hasad dengki pun hebat.hasad dengki pada tahap tertinggi.lagi besar pangkat lagi tinggi hasad dengkinya.Tengok MCA DAP dan MiC pergolakan dalaman semua senyap tutup mulut mcm tak ada apa apa berlaku.selesai diam diam.Org Melayu bodoh heboh canang satu negara malah ke peringkat global pun tahu.Apa yg kamu mendabik dada sangat.PENJARA SUNGAI BULUH PADA KAMU TAK JADI MASALAH TETAPI INGAT NERAKA ALLAH ITU LEBIH HEBAT.Lagak kamu pemimpin gah memperjuangkan bangsa agama dan tanah air tapi kamulah pemimpin paling hipokrit di abad ini.Ingat lah dua malaikat kiri kanan kita tak pernah tidur dan leka mencatat setiap detik pelakuan dan tutur kata kita.KECEWA PERIHAL PEMIMPIN MELAYU.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.