UMNO dan PAS dijadual menandatangani piagam dan memorandum persefahaman (MoU) pada 14 September ini di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setelah tertangguh beberapa kali, akhirnya kedua-dua parti dapat memeterai kerjasasama politik buat kali kedua.

Kali pertama, ia berlaku selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Namun kali ini kerjasama kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini berlaku selepas melihat kerajaan baharu DAP-PH menggugat hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan institusi raja-raja.

Tambahan pula kedua-dua parti ini kini berada dalam blok pembangkang.

“Intipati piagam ini khusus kepada kerjasama UMNO dan PAS. Perincian piagam menjelaskan kerjasama peringkat nasional, negeri dan bahagian,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui.

Menurut Ismail, walau bagaimanapun piagam ini turut menyatakan bahawa kaum dan agama lain tidak akan dipinggirkan.

Sebelum piagam inipun kerjasama tidak rasmi antara kedua-dua parti telahpun berlansung.

Hal ini berlaku termasuklah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, PRK Semenyih, PRK Rantau dan PRK Sandakan.

Begitu juga di dalam Dewan Rakyat, banyak kerjasama yang berlaku secara tidak langsung termasuklah dalam pindaan had umur mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas isu yang membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib.

“Kita akan tunggu mahkamah akan buat keputusan sama ada perbuatan jenayah atau tidak,” kata Ismail.

Seminggu lalu, mahkamah Koroner menamatkan inkues kematian Adib selepas berlangsung kira-kira lima bulan.

Inkues berlangsung selama 41 hari dengan 30 saksi dipanggil. Kes Adib disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 31 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.