NAMPAKNYA Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sudah hilang isteri sendiri untuk jadi Perdana Menteri.

Semalam, Datuk Ser Wan Azizah Ismail menyeru semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk kepimpinannya disaran mencontohi Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Wan Azizah, Tun Mahathir masih mengutamakan isu parti walaupun sudah dua kali menerajui pentadbiran negara.

Katanya, saranan itu juga dijadikan peringatan kepada dirinya sendiri selaku pengerusi Majlis Penasihat PKR.

“Kalau kita lihat (Dr Mahathir) sebagai rujukan, beliau sendiri berpengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri dan kini sekali lagi memegang jawatan itu tetapi masih memberi ruang kepada isu-isu parti.

“Sebagai sebuah parti politik, kita (ahli politik) naik (dipilih oleh ahli) atas dasar parti. Jadi adalah lebih baik untuk kita memperkukuhkannya (mengutamakan parti),” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan media menyatakan beberapa pemimpin PKR tidak hadir di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Ahad lepas.

Laporan media itu menyebut antara pemimpin PKR terbabit adalah timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Naib Presiden PKR Zuraida Kamarudin dan Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata walaupun PKR dikatakan berdepan pelbagai cabaran termasuk masalah disiplin ahlinya, namun ia disifatkan sebagai lumrah dalam mana-mana parti politik.

“Sebelum ini pun kita menghadapi pelbagai cabaran dalam parti termasuk ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tempoh ini tiada siapa percaya yang PKR akan dapat menghadapinya.

“Malah ada pihak mengatakan kita (PKR) sebagai sebuah ‘parti nyamuk’ tapi sejak daripada itu, parti kita semakin matang. Setiap cabaran yang dihadapi menjadikan PKR semakin kukuh,” katanya. – 31 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.