GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) perlu bersedia untuk berperang sepenuhnya dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg menyeru dan menggesa semua ahli akar umbinya untuk bersama-sama kekal memerintah negeri tersebut.

“GPS juga sedia sepenuhnya untuk ‘berperang’ dengan Pakatan Harapan (PH).

“Semua pimpinan perlu bekerja keras untuk memastikan parti ini kekal memerintah pada pilihan raya negeri akan datang.

“”Saya cakap terus terang, kalau hendak berperang, kita perang betul-betul,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Abang Johari, ahli parti perlu sentiasa bersedia untuk berjuang dan memastikan masyarakat masih memilih mereka.

“Peluru kena betul, tembak kena betul. Jangan tembak kena kerak.

“Sebab itu kita mahu pemimpin akar umbi sentiasa bersedia.

“Jangan harap kami, pemimpin atas sahaja. Kita harus berjuang sama-sama,” katanya. – 1 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.