PUTRAJAYA, 06/05/2019, Prime Minister Tun Mahathir Mohamad speaking at a media session at the Prime Minister's Office in Putrajaya today. (Pic by Hussein Shaharuddin/TMR)

PERDANA Menteri Tun Mahathir Mohamad mengakui kerajaan tidak mempunyai wang untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya di Lembah Klang seperti dirancang oleh Kementerian Kewangan.

Namun Tun Mahathir berkata, kementerian itu yakin pelan itu mampu dilaksanakan menerusi caj yang dikenakan pada waktu puncak.

“Kementerian Kewangan nampak yakin ia boleh dilaksanakan. Tetapi masalahnya ialah kita tiada wang.

“Mereka (kementerian) boleh mengumpul dana yang mencukupi untuk membiayai pengambilalihan keempat-empat lebuhraya itu.

“Kita akan tengok nanti sama ada cukup atau tidak,” kata beliau.

Keempat-keempat lebuh raya yang terlibat dalam pengambilalihan itu ialah Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong SMART).

Tun Mahathir turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan menangguhkan pelan pengambilalihan empat lebuh raya terbabit yang melibatkan jumlah RM6.2 bilion.

Beliau turut menyangkal laporan berita yang mengatakan rancangan itu dimulakan tanpa kelulusan Kabinet.

“Tidak, tidak seperti itu. Kabinet sudah diberitahu mengenai rancangan ini oleh Kementerian Kewangan dan kita katakan tidak.

“Tetapi hanya tarikh pelaksanaannya sahaja yang akan diputuskan oleh Kabinet,” kata beliau.

Tun Mahathir mengulas laporan akhbar The Singapore Straits Times yang melaporkan seorang menteri yang tidak dinamakan sebagai berkata rancangan pengambil alihan itu telah ditangguhkan disebabkan berlaku percanggahan pendapat mengenai cadangan yang diketuai Kementerian Kewangan itu. – 1 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.