MALAYSIA lebih beruntung jika tiada orang seperti Lim Kit Siang di bumi Malaysia, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Kit Siang mencetuskan kontroversi terbaharu apabila menyokong saranan seorang penulis agar penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela.

“Jika ada pun yang perlu keluar dari Malaysia, orang itu ialah Lim Kit Siang yang gagal memahami Perlembagaan Persekutuan dan bukannya Dr Zakir Naik.

“Malaysia lebih beruntung jika orang seperti ini tiada di bumi Malaysia,” kata Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Ahmad Fadhli turut mempertahankan kaedah ceramah Zakir yang menurutnya tidak memaksa orang lain menerima pandangannya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyifatkan kedudukan pendakwah tersohor dunia Zakir ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Kit Siang memetik cadangan penulis Anas Zubedy yang mendakwa kehadiran penceramah itu bakal memberi kesan negatif kepada kestabilan negara.

Dalam penulisan Anas itu memberi gambaran seolah-olah kehadiran Zakir boleh menimbulkan ketegangan dalam keluarga, persepsi bukan Islam terhadap Islam, perbandingan agama yang tidak sesuai di negara ini serta melambatkan pemulihan politik dalam negara. – 1 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.