TULAR satu tangkap layar yang mengandungi memo yang menggunakan kepala surat syarikat Hond Tat Industries Sdn Bhd.

Kandungan memo itu adalah melarang para pekerjanya keluar mengerjakan solat melainkan waktu makan tengahari.

Tangap layar yang ditulis dalam dwi bahasa iitu dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Mohd Zain Afzainizam dengan perkongsian sebanyak 2,700 sehingga artikel ini dinaikkan.

“Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat ketika waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengahari sahaja,” antara kandungan yang terdapat dalam memo.

Sedangkan, umat Islam perlu mengerjakan solat sebanyak lima kali sehari, dengan tempoh jangka masa untuk satu ibadah solat hanyalah sekitar lima (5) hingga tujuh (7) minit.

Apa yang lebih mengejutkan, kandungan memo tersebut turut mengugut untuk mengenakan denda sebanyak RM500.00 kepada sesiapa sahaja yang keluar mengerjakan solat!

Hond Tat Industries Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat perindustrian yang terletak di Kapar, Klang yang diuruskan Mr. Teoh Kian Hoe sebagai CEO, dengan bilangan pekerja mereka seramai 250 orang.

Menurut Utusan Online, syarikat itu yang mengesahkan larangan tersebut dan hal itu sudah diselesaikan.

Ini susulan tindakan pihak pengurusan telah menarik balik memo tersebut selepas menerima kecaman di internet. – NTHQiBORD, 1 Ogos 2019.

2 COMMENTS

  1. Bila berhadapan dgn ujian sebegini… sebaik baik nya kuat kan lg pegangan kita dgn allah.. jgn ingat sesuatu sesuatu yg berlaku itu sengaja … pada hal allah tu maha pengatur… klau ia pun keluar lah drpd tmpt seperti itu.. krana rezeki walau pun dia terdiri dr golongan yg kafir tetap ada rezeki buat dia.. malah kaya raya.. tp itu d dunia sj… kebaikan apa pun si kafir itu buat juga di hnya dunia saja… pembalasan kebaikan d akhirat tk ada.. jd kita org2 islam buat apa nk takut kerana allah maha.pengasih dan maha penyayang…kan…!?….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.