NASIB Allahyarham Adib tidak sebaik Kugan.

Siapa Kugan? Kugan adalah seorang penjenayah berbangsa India yang terlibat dengan kes samun berprofil tinggi, ganas dan telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada mangsanya pada 2009.

Namun, Kugan ditemui mati di lokap dengan hasil bedah siasat mati akibat paru-paru berair.

Ketika itu, N Surendran dan Gobind Singh muncul menjadi ‘wira’ dan menuntut bela kematian Kugan.

Mereka mendesak Ketua Polis Negara mengambil tindakan kepada anggota polis yang mengawal Kugan.

Padahal, pihak polis sudah menjelaskan lebam pada dada Kugam adalah disebabkan pergelutan semasa usaha menangkap Kugan.

Namun, seorang anggota polis dipenjara 3 tahun kerana ‘memukul’ Kugan, manakala Kugan diangkat sebagai ‘hero’ walaupun dia adalah penyamun yang ganas lagi berbahaya!

Apa yang lebih memeritkan untuk ditelan, kerajaan Pakatan Harapan yang suatu ketika dahulu menjadi pembangkang, menggunakan kes Kugan sebagai modal untuk kepentingan politik mereka.

Ketika itu mereka lantang mencemuh kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai kata nista semata-mata untuk membela Kugan.

Malangnya, ia tidak berlaku untuk arwah Muhammad Adib, anggota bomba yang meninggal akibat rusuhan kuil Seafield, USJ tahun lalu.

Fairuz Jamaludin Ledang, melalui satu kenyataannya menzahirkan rasa kecewa dengan sikap pilih bulu kumpulan tertentu yang memandang kes Adib dengan hanya sebelah mata, tidak seperti mereka memperjuangkan Kugan suatu ketika dahulu.

Image result for fairuz jamaludin ledang
Fairuz Jamaludin Ledang, Exco Pemuda UMNO

Fairuz juga memberi penerangan panjang lebar mengenai sejarah Kugan yang menggambarkan betapa ketidakadilan sedang berlaku di negara ini.

“Allahyarham Adib bukan penjenayah, bukan perompak, penyamun, atau samseng kongsi gelap. Tugas Allahyarham Adib menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain,” tulis Fairuz.

Exco Pemuda Umno itu mendakwa, parti-parti pembangkang yang telah menjadi kerajaan telah menjadi ‘kayu tunggul’ dalam kes Adib.

Tiada lagi suara lantang yang berjuang kononnya hak asasi kemanusiaan.

Malah, kes arwah Adib mencurigakan kerana peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik diri dalam prosiding inkues Adib disebabkan faktor tekanan dan keselamatan.

Fairuz juga dengan tegas menyatakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara telah gagal menyelesaikan kes Adib, sedangkan seorang penjenayah berbangsa India, ditatang dan dibela habis-habisan mengikut nas keadilan yang diagungkan mereka sebagai hak asasi kemanusiaan.

Adib, seorang hero yang bertugas dengan ikhlas dan sepenuh hati, telah meninggalkan kita semua dalam keadaan sakitnya yang tidak tertanggung.

Anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Pembunuh Adib, masih bersuka ria dan bebas menikmati hari-harinya. – NTHQiBORD, 1 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.