PEMUDA MCA menyelar sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sekadar ‘bijak’ menyalahkan orang lain atas kelemahan mereka sendiri.

Ketuanya, Nicole Wong mengaitkan sikap memalukan pemimpin PH itu apabila mereka dibelenggu pelbagai kemelut di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Jelasnya, selepas lebih 15 bulan menjadi kerajaan, PH masih mengamalkan sikap menuding jari terhadap pihak lain yang didakwa cuba melemahkan pentadbiran mereka.

Antaranya termasuk, kes rogol melibatkan Exco DAP Perak, isu video songsang, isu kamera AES atau AWAS tidak berfungsi dan insiden pencamaran di Pasir Gudang.

“Ekonomi teruk dan rakyat hidup dalam keadaan susah, ‘orang lain’ yang buat kacau.

“Loji air tercemar dan Klang Vally terpaksa putus air sebanyak dua kali berturut-turut dalam kurang sebulan, ‘orang lain’ (juga salah). Kes Kampung Orang Asli Gua Musang, ‘orang lain’ (salah).

“Apa-apa pun semua salah ‘orang lain’?” soal Nicole menerusi kenyataan dalam Facebook baru-baru ini.

Selain itu, Nicole turut membidas PH kerana enggan mengakui kelemahan Lim Guan Eng untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Katanya, Guan Eng hanya pandai berbohong sahaja dan tidak berkelayakan sebagai akauntan profesional.

Sebagai contoh katanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, PH mendakwa hutang kerajaan melebihi RM1 trilion.

“(Namun) pada 1 Jun 2019, Guan Eng umumkan bahawa jumlah hutang dan liabiliti kerajaan setakat akhir tahun 2018 (selepas PRU14) berjumlah RM1.1 trilion.

“Ini bermakna apa yang dituduh oleh PH sebelum PRU14 itu semua bohong dan fitnah.

“Pihak yang kalah tidak akan mengaku kesilapan mereka. Ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian untuk mengakui bahawa anda salah,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.