KUMPULAN yang menentang projek Lynas (Lynas Corp) berasa dikhianati oleh kerajaan DAP-PH.

Hal ini kerana kerajaan mengetepi syarat supaya syarikat itu menghantar pulang sisa buangan sebagai prasyarat memperbaharui lesen.

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet berkata bahawa keputusan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak masuk akal dan disifatkan mengutamakan pelaburan asing berbanding kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia.

“Kami tidak dapat mengubah keputusan kerajaan. Tetapi kami akan ingat dan akan menghantar mesej dalam masa [empat] tahun, dan akan menggesa semua pengundi lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Tan yang merujuk kepada Pilihan Raya Umum ke-15 yang pada 2023.

“Beberapa orang yang dahulunya memperjuangkan isu ini kini sudah berada dalam kerajaan. Kini kerajaan PH keseluruhan menjadi kerajaan U-turn, dan mereka tidak boleh dipercayai,” tambahnya.

Tan berkata SMSL akan mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan kerajaan PH pada 18 Ogos di Taman Gelora, Kuantan.

“Kami akan mengadakan perhimpunan, di mana mesej utamanya adalah untuk kerajaan bertindak, cakap serupa bikin dan meletakkan kepentingan rakyat berbanding kepentingan korporat,” katanya.

Tan juga mendakwa SMSL telah berusaha menemui pemimpin PKR, DAP dan Amanah untuk menjelaskan mengapa mereka menentang projek Lynas, tetapi sehingga kini gagal.

Dalam perkembangan lain Dr Mahathir berkata firma perlombongan Australia telah diarahkan untuk membina kemudahan pelupusan kekal (PDF) untuk merawat sisa pembersihan lumpur air (WLP) yang dibuat dari pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Lynas Corp sebelum ini menegaskan bahawa ia tidak dapat mengeksport 450,000 tan sisa pembersihan lumpur air (WLP), yang terhasil daripada penapisan mereka pada September dan ditawarkan untuk membina PDF sebagai kompromi. – 1 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.