PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Tun M, beliau akan menyerahkan jawatan itu apabila tiba masanya.

Beliau mengulangi janji bahawa tidak akan sesekali memungkiri janji itu.

“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di Turki.

Tun M sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di blognya bahawa beliau tidak sanggup diperalat oleh dalang yang menyebarkan video intim yang bertujuan menjatuhkan seseorang pemimpin.

Beliau berkata, sekiranya beliau mengambil langkah dan tindakan untuk menangani isu itu maka ia akan ditangani sebagai isu politik.

Namun beliau tidak mengambil sebarang tindakan kerana is seolah-olah sudah menjayakan agenda dalang video berkenaan.

Sementara itu, Tun M masih memberi jawapan yang sama ketika disoal mengenai hubungan rakan parti gabungannya iaitu Anwar daripada seorang musuh kepada kawan.

“Saya sudah setuju apabia saya berundur, beliau (Anwar) akan mengambil alih jawatan PM.

“Itu janji yang dibuat dan saya akan berpegang dengan janji itu,” katanya. – 1 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.