EKORAN permintaan Lim Kit Siang mahu Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia secara sukarela, Facebook Fakir Ilmu membuat undian, siapa sepatutnya keluar daripada negara ini.

Hasil daripada undian atas talian itu, 98 peratus mengundi mahu Lim Kit Siang yang keluar daripada Malaysia, bukannya Zakir Naik.

Ketika itu, jumlah undian ialah lebih 30 ribu.

Bukan itu sahaja, sesetengah netizen meminta agar Lim Kit Siang mengemukakan bukti bahawa beliau sememangnya lahir di Malaysia.

Hal ini berikutan kontroversi yang pernah melanda beliau apabila biografinya pernah ditulis bahawa ‘Lim Kit Siang tiba di Malaya pada tahun 1957’.

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pernah mengemukakan maklumat bahawa beliau dikatakan lahir di Fujian, China dan pernah mengeluarkan kenyataan bercanggah bahawa tempat lahirnya adalah di Johor, Penang dan Melaka, sebelum memperoleh kekuasaan politik dan harta.

Kit Siang bukan satu-satunya individu yang begitu bersungguh mahu Dr Zakir keluar dari Malaysia.

‘Menteri Perpaduan’ P Waythamoorthy juga antara yang keras terhadap Dr Zakir. Jangan lupa, Waythamoorthy adalah daripada Hindraf.

Tidak kurang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang pernah dikaitkan dengan gerakan pengganas LTTE.

Kesemua mereka menyerang Dr Zakir serta anak muridnya secara berterusan melebihi agenda membangunkan negara.

Dr Zakir bernasib baik kerana sehingga kini, pemimpin negara ini sehingga kini tegar mempertahankan beliau.

Bukan itu sahaja Dr Zakir diterima majoriti besar umat Islam di Malaysia, disanjungi dan menjadi sumber rujuk mereka, sehingga memperoleh anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013.

Yang menjadi kebimbangan umat Islam negara ini ialah adakah pemimpin akan datang masih sanggup mempertahankan Dr Zakir?

Tentunya bukan daripada DAP dan budak-budak suruhannya.

Tanggungjawab ini terletak kepada semua umat Islam Malaysia dan pemimpin akan datang yang ada jiwa Islamnya. – 2 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.