BEBERAPA hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy menyatakan bahawa beliau akan bekerja dengan kerajaan bagi megiktiraf “agama tradisi” Orang Asli.

Pandangan beliau itu dinyatakan ketika hadir dalam suatu dialog meja bulat mengenai Orang Asli dan persekolahan.

Menurutnya rakyat Malaysia umumnya salah faham dan menganggap Orang Asli tidak mempunyai agama, termasuk dalam kalangan ahli politik.

“Saya akan adakan lebih banyak perbincangan dengan Orang Asli dan mengemukakan perkara itu kepada kerajaan untuk mengiktiraf agama mereka, iaitu agama semulajadi, secara rasmi,” kata menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakt itu.

Menurut beliau lagi agama yang dianuti oleh Orang Asli adalah agama kerohanian. Mereka ada nilai moral yang baik. Mereka menghormati alam semulajadi dan ia merupakan agama mereka.

Namun, pandangan Waythamoorthy kurang tepat dan dikhuatiri ada agenda tersirat.

Mungkinkah cadangan Waythamoorthy itu kerana bimbang lebih ramai Orang Asli memeluk agama Islam?

Umumnya, kerajaan Malaysia telahpun mengiktiraf agama Orang Asli yang dikategorikan sebagai animisme.

Selain itu, terdapat juga Orang Asli yang memeluk Islam dan kristian. Kesemuanya diiktiraf.

Bahkan, Orang Asli dalam sesetengah kes, mendapat keistimewaan yang lebih berbanding warganegara lain.

Bukan sahaja dalam bab pengiktirafan agama, malah pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

Mereka juga satu-satunya kaum yang ada jabatan sendiri iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Atau adakah Waythamoorthy baru tahu bahawa di negara ini adanya Orang Asli, dan berdasarkan pandangannya itu dia memang cetek pengetahuan tentang kaum ini. – 2 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.