DALAM satu kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berpandangan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan sepenggal kemungkinan tidak tercapai.

Bastien Onn, Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, beliau (Chin Tong) yang juga sebagai Pengerusi DAP Johor semakin tergugat dengan menyentuh kedudukan PAS sebelum dan selepas PRU14.

“Chin Tong menampakkan bahawa PH dan DAP mula takut terhadap Penyatuan Ummah ini.

“Dalam PRU lalu, PAS dibiarkan keseorangan, bukan daripada UMNO tetapi kerana lahirnya PH itu sendiri yang mengetepikan PAS manakala, DAP pula meleraikan Pakatan Rakyat lalu mengecewakan PAS.

“Saya sendiri masih ingat episod betapa sukarnya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu mempertahankan kerjasama mereka di peringkat negeri apabila terkuburnya Pakatan Rakyat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Bastien memberitahu,kesan daripada pola pengundian itu pada PRU14 lalu menimbulkan kesedaran yang tinggi terhadap kesatuan bangsa Melayu sehingga menggusarkan parti-parti komponen PH itu sendiri.

“Ini menunjukkan dengan jelas ulangan kepada reaksi masyarakat Melayu pasca PRU3 pada tahun 1969, bezanya kali ini penyatuan ummah ini disambut dengan kematangan berbanding pada tahun tersebut.

“Orang Melayu tersedar jika masyarakat Cina boleh bersatu hati bertekad mengundi DAP tanpa mengambil kira pun pencapaian, keramahan, kejujuran serta kerja kuat sesetengah calon.

“Jadi sudah tiba masanya bangsa Melayu pula bersatu.

“Di atas kesedaran inilah, pemimpin-pemimpin Melayu dan ahlinya menghidangkan kerjasama UMNO-Pas di atas nama penyatuan ummah dan berbalik kepada soal pengundi ‘middle ground group’ yang diperkatakan oleh Chin Tong.

“UMNO sedang melalui proses pemulihan serta penjenamaan semula,” katanya. – 2 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.