PEGUAM Negara, Tommy Thomas diminta supaya menampilkan empat individu yang pernah dikaitkan dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kerana didakwa tidak lagi berada di negara ini.

Hal ini disuarakan Zamil Ibrahim, Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan UMMAH Malaysia dalam perhimpunan aman Pembelaan Arwah Adib – Pecat Tommy Thomas hari ini, di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur.

Zamil berkata, wajah keempat-empat mereka tidak langsung kelihatan selepas pihak mahkamah membebaskan mereka.

“Kita dapat tahu dan Tommy tolong dengar ini, saya sekarang menuduh empat orang tersebut tidak ada di Malaysia pada ketika ini.

“Tolong nafikan tuduhan saya ini. Saya menuduh empat orang itu sedang bekerja mengutip buah di Australia.

“Saya tuduh. Jadi, tolong nafikan tuduhan saya bahawa mereka masih berada di Malaysia.

“Inkues telah pun tamat dan kita cuma minta beliau (Tommy) tampilkan empat orang lelaki India yang pernah dituduh pihak polis,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, empat lelaki yang dipercayai suspek mencederakan Adib dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dibebaskan daripada tahanan reman.

Majistret Nurshahirah Abd Salim membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis. – NTHQiBORD, 2 Ogos 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.