HIMPUNAN Pembelaan Arwah Adib – Pecat Tommy Thomas berlangsung hari ini di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Program itu bermula jam 2:30 petang sejurus solat Jumaat di masjid berkenaan.

Muhammad Adib, 24, parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Himpunan itu mendesak Tommy Thomas selaku Peguam Negara meletak jawatan kerana gagal dalam pengendalian kes Adib termasuk cubaan campurtangan dan afidavit ketika inkues sedang berjalan.

Pengerusi Gagasan Tiga (G3) Datuk Azwanddin Hamzah yang merupakan menganjur program, mahu himpunan serupa yang menuntut bela kematian Adib dilakukan setiap hari Jumaat, di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur.

“Kita akan terus bergerak di masjid-masjid, kita akan perkuatkan, kita akan perbesarkan dan pastikan kita akan ke Putrajaya untuk mendesak Tommy Thomas meletak jawatan,”

Ucapan beliau turut disambut laungan takbir oleh para peserta himpunan.

Sekitar Himpunan Aman Pembelaan Arwah Adib – Pecat Tommy Thomas di hadapan Masjid Kampung Baru

Gagasan Tiga melalui ucapan Timbalan Pengerusinya, Amran Ahmad juga tidak percaya kepada nas keadilan yang berlaku dalam kes arwah Adib.

Beliau juga lantang mendedahkan niat buruk pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menjadi dalang dalam segala ketidakadilan yang berlaku terhadap orang Melayu di negara ini.

“Saya tahu kerana saya bekas ahli DAP. Setiap hari di DAP HQ, Lim Kit Siang mengatur sana-sini (untuk menggugat kedudukan orang Melayu),” katanya.

Himpunan itu turut dihadiri Ustaz Ahmad Husam, yang memberi ucapan cukup bertenaga agar tidak kerajaan hari ini tidak perkecilkan Melayu – Islam.

Ahmad Husam juga turut mempersoalkan suara pemimpin Pakatan Harapan dalam isu arwah Adib yang berdiam diri dan langsung tidak bersungguh dalam memperjuangkan kematian Adib.

Penganalisis politik yang bersuara lantang, Hamdan taha, turut berkongsi pentas pada himpunan ini, dengan menekankan tentang kuasa orang Melayu yang telah berpindah kepada golongan minoriti.

“Demi Allah, kita akan pertahankan Melayu!” laung Hamdan.

Himpunan itu berjaya mengumpulkan pelbagai NGO dan orang Melayu dan berhasrat untuk perbesarkan skala himpunan demi menyuarakan pembelaan untuk Adib.

Azwanddin, antara individu yang paling lantang bersuara untuk keadilan Adib, di mana beliau pernah ditahan polis kerana lantang menuntut pembelaan wira negara itu. – NTHQiBORD, 2 Ogos 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.