SAYA tidaklah begitu tertarik dengan kenyataan Lim Kit Siang yang bersetuju sepenuhnya dengan desakan Anas Zubedy supaya Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Apa yang lebih saya tertarik ialah salah satu alasan yang digunakan oleh Anas Zubedy, yang disetujui sepenuhnya oleh Lim Kit Siang, supaya Dr Zakir Naik berbuat demikian.

Kata Lim Kit Siang dan Anas Zubedy, di Malaysia, orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk menjawab bila penceramah-penceramah Islam memberi pandangan mengenai agama mereka.

Kata Lim Kit Siang dan Anas Zubedy, perdebatan orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam adalah tidak adil kerana ia umpama pergaduhan di mana orang-orang Islam boleh menumbuk sesuka hati tetapi orang-orang bukan Islam tidak boleh menumbuk balik kerana tangan mereka diikat.

Sebab itulah, kata mereka, Dr Zakir Naik perlu berdebat di tempat lain dan tidak membawa budaya debat ini ke Malaysia sehingga kita mempunyai “padang yang sama rata” (an equal playing field).

Setahu saya dalam ceramah-ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia orang-orang bukan Islam dibenarkan malah sering sahaja menjawab bila beliau memberi pandangan mengenai agama orang-orang bukan Islam.

Mengimpikan untuk mempunyai “padang yang sama rata” (an equal playing field) adalah membawa maksud untuk menyamaratakan kedudukan agama Islam dengan agama-agama lain.

Dalam bahasa Lim Kit Siang dan Anas Zubedy, mempunyai “padang yang sama rata” (an equal playing field) adalah membenarkan orang-orang bukan Islam menumbuk balik orang-orang Islam.

Untuk mempunyai “padang yang sama rata” (an equal playing field), sudah pastilah Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kedudukan agama Islam ini perlu dipinda.

Jika Lim Kit Siang dan Anas Zubedy mahukan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kedudukan agama Islam ini dipinda, mengapa ini tidak dinyatakan dengan lebih jelas? – 2 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Kenapa nk pinda tentang kedudukan agama islam yg jelas menerangkan bahawa perlembagaan negara ada tertakluk tentang agama rasmi.. sekiranya ada sesiapa yg berani meminda mengubah suai kedudukan agama islam sebagai agama rasmi negara cubalah saya cabar LKS & Anas Zubaidy lakukan? Saya berani kata sekiranya anda lakukan peristiwa 13 mei 1969 bakal berulang.. isu dr zakir naik disarankn meninggalkan negara secara sukarela saya tidak sokong kecuali kedua2nya sekali tinggalkan negara ini kerana negara malaysia bukan tanah asal LKS mahupun Dr Zakir naik..jadi saya menolak pandangan berat sebelah antara LKS & Dr Zakir..

  2. Sesiapa pun bangsa asing yg menetap dibumi malaysia tidak dibenarkan Menyentuh hak perlembagaan negara terutama isu hak kedudukan agama islam ini amat jelas menunjukkan anda cuba menperlekehkan kedudukan org2 melayu yg merupakan tanah asal nenek moyang mereka & perjanjian asal perlembagaan negara tentang isu keistimewaan agama islam didlm negara.. saya beri amaran sesiapa bangsa asing tidak dibenarkan menyentuh perlembagaan negara..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.