PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersyukur negara berjaya menangani masalah cetusan golongan yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum.

Tun M menjelaskan, Malaysia berjaya mematahkan percubaan golongan pentaksub dan fanatik supaya berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Ya, ada perangkap dan percubaan oleh pentaksub untuk fanatik memecahkan dan menjejaskan perpaduan.

“Tetapi, syukur kepada Tuhan, kami telah mengatasi.

“Kami dapat bertahan untuk mempersembahkan sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaiannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, Tun M tidak mengulas lanjut apakah percubaan yang telah dilakukan ke atas negara. – 2 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.