KETUA Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud meragui sokongan parti PAS terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Jelas beliau, parti lamanya itu dilihat semakin tidak konsisten dan menyifatkan palsu.

“Syukur saya keluar daripada PAS.

“Bagi, saya PAS makin tidak konsisten. Sokongan mereka kepada Tun M tidak ikhlas,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Siti Mariah yang juga ADUN Seri Serdang mendedahkan bahawa sebenarnya PAS cuba memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR.

“Saya bukan di mana-mana pihak tetapi ia bukan satu rahsia politik di mana Azmin tidak sokong Datuk Seri Anwar. Namun, gabungan PH memberi sokongan kepada Anwar.

“Ini yang cuba dipecahbelahkan oleh PAS yang menyatakan sokongan kepada Tun M.

“Sedangkan PAS sendiri pernah melabel Tun M sebagai nyanyuk semasa beliau diangkat sebagai calon PM sebelum PRU14.

“Jadi, kita boleh nampak pendirian PAS yang tidak konsisten dalam soal politik. Dulu mereka tolak Najib. Lepas Najib kalah, sokong Najib pula. Begitu juga dengan Umno. Dulu tolak sekarang sokong. Inilah keadaan PAS. Syukur, saya tidak lagi dalam PAS,” katanya. – 2 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.