MELAMPAU! Kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) akan menganjurkan himpunan bagi membantah penambahan seni khat jawi.

Bantahan yang akan dihadiri lebih 10 organisasi pendidikan Cina dan Tamil itu dibuat kerana tidak puas hati seni khat jawi akan dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4.

Dakwa mereka, tulisan jawi lebih contoh kepada pendidikan Islam, bukan bahasa Melayu.

Menurut portal mysinchew.com.my, himpunan itu akan diadakan pada isnin depan di ibu pejabat Dong Jiao Zong di Jalan Bukit, Kajang.

Bantahan demi bantahan seolah-olah Melayu – Islam tidak perlu melaksanakan apa-apa untuk bangsa mereka sendiri.

Lapor Sin Chew Daily, seorang sarjana pendidikan yang enggan mendedahkan namanya berkata, tulisan jawi bukan sebahagian daripada bahasa Melayu dan tidak pernah dimasukkan dalam buku teks Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia sejak 60 tahun lalu.

Sedangkan, tulisan jawi adalah satu bentuk kesenian tamadun Islam di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Malah suatu ketika dahulu ketika pra merdeka, akhbar dan laporan bercetak menggunakan bahasa jawi sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu.

Namun, seorang sarjana berbangsa Cina yang cukup terkenal dengan pemikiran ‘wisdom’ nya bersependapat sebaliknya.

Menurut Prof Madya Dr Lim Swee Tin, mempelajari seni tulisan jawi tidak menggugat agama yang dianutnya.

“Semasa di sekolah rendah, saya menulis dan membaca jawi. Tidak ada masalah bagi saya malah tidak ubah jati diri dan pegangan agama saya,” katanya.

Biarpun bantahan demi bantahan dari kumpulan pendesak Cina, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui satu kenyataanya hari ini tetap akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat pada tahun depan. – NTHQiBORD, 2 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. satu tindakan positif dari menteri ph utk memtabatkan semula tulisan jawi.dap ni lupa sejarah.buku jawi telah lama di gunakan di sekolah aliran inggeris sehingga di hentikan .nok kata pelajar cina dan india tukar agama kerana jawi tak timbul.yg masuk islam kerana hidayah.hentilah pencetus harubiru kepada bangsa melayu.kita akan lawan kalu gugat agama kami.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.