POSTER Tourism Perak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet terhadap bahasa yang digunakan untuk tujuan promosi poster tersebut.

Hal ini kerana poster yang menampilkan penyanyi antarabangsa kelahiran Ipoh, Michael Wong sebagai Duta Pelancongan negeri itu tidak menggunakan bahasa kebangsaan (Melayu) sebaliknya hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Rata-rata warganet menyifatkan tindakan itu adalah tidak wajar dan sepatutnya sebagai agensi kerajaan, setiap promosi mestilah mendahulukan bahasa kebangsaan barulah diikuti bahasa lain.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing tampil menjelaskan bahawa bahan-bahan seperti poster, banting dan risalah yang dihasilkan adalah bertujuan memperkenalkan Duta Pelancongan negeri itu di samping hanya untuk promosi semata-mata.

“Dalam hal ini kita utamakan bahasa Inggeris dan Mandarin kerana sasaran pasaran kita adalah di China,

“Apabila Michael Wong atau media luar negara membuat posting dan perkongsian video serta poster, pelancong dan peminat di sana akan lebih faham apa isi kandungannya.

“Jadi agak susah untuk kita meletakkan semua bahasa dalam satu (promosi) kerana ia ada kaitan dengan ‘design’ juga.

“Paling penting kita mahu orang luar negara memahami maksud yang kita nak sampaikan dalam bahasa ringkas dan jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menjelaskan poster tersebut tidak bermaksud untuk meminggirkan bahasa Kebangsaan tetapi hanya sebagai satu strategi pemasaran untuk memperkenalkan Perak kepada negara luar iaitu China.

“Sepatutnya tidak timbul sebarang isu, Michael Wong sendiri fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis, apa yang kita lakukan ini hanyalah berkaitan soal peminat beliau di China.

“Michael Wong dilantik sebagai Duta Pelancongan Perak selaras dengan sasaran kerajaan negeri menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari Asia Timur,” katanya. – 3 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. “Paling penting kita mahu orang luar negara memahami maksud yang kita nak sampaikan dalam bahasa ringkas dan jelas,” – that message is if you can come to visit perak, we don’t mind changing our language our culture our religion our way of life. U can come and step on us and i guarantee you we won’t bite. Just as long as you come. Was it?

  2. When it comes to DAP, everything in life is centre around money. It does not matter whether we have to trade our national value and identity or probably trade ourselves, as long as for money it is alright!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.