KETUA Parti Amanah Negara (PAN) Gombak, tidak bersetuju untuk Tun Dr. Mahahir Mohamad terus memegang jawatan Perdana Menteri sepenggal.

Menurut Saari Sungib, Tun M tidak mempunyai jiwa reformasi jika dibandingkan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tak setuju Tun M pegang jawatan PM sepenggal.

“Saya tak setuju kerana saya tak nampak Mahathir ada jiwa reformasi dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau juga berpendirian bahawa negara Malaysia kehilangan peluang yang cukup besar apabila Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada Tun M menjadi PM.

“Kita hilang peluang besar.

“Walaupun wujud perjanjian dalam parti itu beliau (Tun M) akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar.

“Apa yang diperjuangkan parti pembangkang sebelum menjadi kerajaan iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sudah tidak lagi akan menjadi kenyataan selepas beliau memimpin negara ini.

“Kita tidak bebaskan tahanan politik, SOSMA ini dia kata nak mansuh tapi dia tak mansuh pun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saari juga merupakan Ketua Gerakan Otai Reformis yang membantah pelantikan Tun M sebagai pengerusi PH.

Bukan itu sahaja, beliau turut menggesa bahawa Tun M perlu membuat permohonan maaf kepada Anwar melibatkan tindakan terdahulu Tun M memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998. – 3 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Reformasi?? Untuk menjadikan negara Malaysia ini sebuah negara yang liberal, agama Islam diketepikan dan agama-agama lain diberikan pengiktirafan setaraf atau lebih tinggi dari agama Islam walaupun penduduk negara ini majoritinya beragama Islam, LGBT diiktiraf, perkahwinan sesama seks dibenarkan dll seperti di Amerika Syarikat…. Adakah itu yang digelarkan reformasi…? Kadangkala saya terfikir siapakah otai reformasi ini Yahudi atau Nasrani atau Majusi?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.