AHLI Parlimen Kepong, Lip Lim Eng mengeluarkan kenyataan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak melaksanakan tulisan khat di sekolah vernakular.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Eng di Facebook miliknya itu mendapat kecaman warganet dan menunjukkan beliau tidak beradap serta menggunakan bahasa yang kasar.

“Menteri-menteri pendidikan di negara-negara jiran memperkenalkan pembelajaran koding komputer kepada golongan murid.

“Kita pula memperkenalkan tulisan khat, tolonglah jangan sapu ‘tahi lembu’ pada muka kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, selepas mendapat kecaman hebat dari warganet beliau bertindak menukar dengan membuat suntingan pada hantaran yang sama.

Tindakannya itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan malah membuktikan bahawa DAP semakin besar kepala dan naik lemak.

Dalam perkembangan lain, dalam satu laporan media, Lim Eng berkata bahawa beliau pernah mempelajari tulisan bersambung (Cursive Writing) tetapi telah mendapat teguran oleh seorang guru berbangsa Melayu pada ketika itu.

“Ini karangan ataupun lukisan mesyuarat agung cacing-cacing sedunia? sebelum dia membuang buku latihan saya jatuh dari tingkat 2.

“Satu kelas mentertawakan saya dan membuatkan saya berasa malu serta kecewa.

“Tetapi saya tekad tidak akan berputus asa,” katanya.

Jadi adakah ini merupakan dendam tersirat beliau kepada bangsa Melayu hanya disebabkan teguran seorang guru dan menyebabkan beliau memperlekehkan Melayu sebagai ‘tahi lembu’? – 3 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.