MENTERI Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan tegas menyuarakan pendirian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa pelaksanaan tulisan khat jawi tetap akan diteruskan.

Pemerhati politik, Khairul Azri berkata KPM melaksanakan tulisan itu berikutan ia semememangnya sudah digunakan pada jata negara, duit dan lain-lain.

“Kenyataan Dr. Maszlee menunjukkan ketegasan kementerian itu dalam melaksanakan tulisan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Namun, Khairul membangkitkan persoalan tentang kenyataan timbalan Maszlee, Teo Nie Ching yang dilihat bercanggah dengan bosnya.

“YB Teo pula kata, tidak jadi guna (tulisan khat) untuk simpulan bahasa, kementerian akan terus ‘engage’ pemegang taruh untuk dapatkan pendekatan terbaik.

“Ia memperlihatkan mesej yang berbeza dan ragu-ragu dalam pelaksanaan itu.

“Kenyataan itu berlainan. Adakah sebab penterjemahan itu tak betul?,” katanya merujuk kepada kenyataan Nie Ching yang ditulis dalam bahasa Cina.

Beliau berkata, sebab itulah pentingnya sesuatu kenyataan itu menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh rakyat Malaysia.

“Tulah pentingnya tulis dalam bahasa yang boleh difahami.

“Bila kita tegur, penyokong mereka akan datang dan suruh kita belajar bahasa mereka. Malah ajar kita suruh guna ‘google translate’.

“Bila ramai sudah salah faham, mereka kata kita main politik perkauman sedangkan siapa yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya.

Isu pelaksanaan penulisan khat jawi bagi sekolah vernakular masih tiada kesudahan apabila kumpulan pendesak Cina, Dong Zong mahu membantah pelaksanaan itu.

KPM dalam kenyataannya semalam menegaskan bahawa subjek itu akan tetap diteruskan walaupun ditentang oleh beberapa pihak termasuk parti, DAP, Gerakan dan MCA.

Namun status Nie Ching di Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina, mencetuskan persoalan besar apabila beliau mendakwa penulisan jawi bagi simpulan bahasa tidak akan diteruskan. – 3 Ogos 2019.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.