PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan serangan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti peluru getah sahaja.

Abdul Hadi berkata, serangan seperti itu tidak akan menjejaskan dan memberi kesan kepada partinya.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata bahawa beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan sebaliknya hanya akan berdiam diri sahaja daripada membalas serangan parti Amanah.

“Sekarang ini peluru Amanah itu peluru getah sahaja, dia tembak Pas tidak jadi apa dan tiada kesan, jadi saya buat diam sahaja.

“Peluru itu tendang balik, kena dia (Amanah) balik,” katanya dalam satu kenyataan.

Parti Amanah merupakan parti serpihan PAS sahaja yang dahulunya ditubuhkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

“Amanah hanya dianggotai beberapa bekas pemimpin utama Pas seperti Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Abdul Samad yang kini mempunyai jawatan dalam Kabinet.

“Antara kritikan utama pemimpin Amanah terhadap PAS adalah berhubung kerjasamanya dengan UMNO,” katanya. -3 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.