EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menyoal Kementerian Kewangan status penggunaan dana Tabung Harapan Malaysia kepada masyarakat umum.

Menurut beliau, tabung yang dilancarkan pada 30 Mei 2018 itu sejurus Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara yang sepatutnya digunakan untuk memulihkan hutang negara seperti yang didakwa PH.

“Ia melibatkan soal intergriti dan ketelusan terutamanya melibatkan para penyumbang adalah merupakan rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun Najmil Faiz berkata, di mana jalan penyelesaian hutang negara dan PH kini diihat menjadi punca utama kepada peningkatan hutang hingga menyebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik serta menggunakan isu hutang negara sebagai retorik politik.

“Sehingga hari ini pemimpin PH khasnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mengeluarkan kenyataan rasmi ke manakah perginya wang tersebut.

“Adakah dana tersebut digunakan untuk membantu membayar hutang negara atau pun digunakan untuk membiayai parti PH dan untuk kepentingan mereka?

“Sehingga tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia telah mencecah sebanyak RM202,716,775.10.

“Status dana ini sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ianya melibatkan wang rakyat dan mereka yang menyumbang,” katanya.

Selain daripada itu, beliau memberitahu, masih tiada inisiatif atau langkah yang diambil oleh kerajaan PH untuk mengatasi masalah hutang negara sebaliknya menambah lagi bebanan sedia ada negara dengan membuat pinjaman dari negara luar seperti Bon Panda dan Bon Samurai.

“Tabung Harapan Malaysia merupakan inisiatif yang dilahirkan daripada PH sebagai retorik politik.

“Mereka mendakwa Malaysia dibebani hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu di mana negara berada di ambang muflis,” katanya. – 3 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.