EKSTREMIS Cina dokongan DAP sudah menjadi kaduk naik junjung, cacing naik ke mata, diberikan betis mahukan paha.

Mereka sudah terlajak berani apabila dirasakan kuasa politik sudah mereka miliki, ditambah pula dengan dokongan anak bangsa Melayu yang khianat dek dedak kebendaan yang telah meracuni perut masing-masing.

Sebelum ini isu penghinaan terbuka kepada Nabi, kemudian isu memo larangan solat dan pemberontakan komunis dijenamakan semula sebagai perjuangan.

Terkini tulisan Jawi pula dibantah secara terbuka dan rasmi.

Mereka buat-buat lupa bahawa tulisan Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu sebelum rumi dijadikan tulisan rasmi menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Dalam akta tersebut juga secara jelas menyebut bahawa “ Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan “.

Sedarlah anak bangsaku betapa bahawa Islam dan Melayu tidak boleh kehilangan kuasa politik di negara ini.

DR KHAIRUDDIN TAKIRI,
Pendakwah.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.