KEKAL.

Itu keputusan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berhubung usaha kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat.

Tun Mahathir berkata, kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain untuk mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yang menjadikan negara ini istimewa.

“Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain termasuk Filipina, Indonesia dan Thailand. Ini adalah sesuatu yang istimewa (di Malaysia) kerana tidak pernah menghalang penggunaan tulisan kaum masing-masing.

“Tidak kenalah kalau segelintir pihak dalam DAP dan pertubuhan tertentu untuk menentang penulisan khat. Penulisan khat suatu seni yang tinggi dan saya fikir kita boleh teruskan,” katanya.

Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin akar umbi DAP termasuk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu membantah pelaksanaan seni khat dan tulisan Jawi sebagai sebahagian subjek bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah jenis kebangsaan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun hadapan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, tanpa politik negara tidak akan mencapai kemerdekaan walaupun sesetengah pihak menganggap politik itu kotor.

Katanya, politik sebenarnya banyak memberi manfaat kepada bangsa dan negara termasuk menjadi wadah perjuangan pemimpin terdahulu untuk memerdekakan negara daripada penjajah.

“Yang salahnya bukan politik tetapi perbuatan orang politik. Apabila mereka berkuasa, salah guna kuasa.. curi duit, amalkan rasuah dan menekan orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai perit getir pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan, Dr Mahathir berkata generasi muda seharusnya mengenang dan menghargai pengorbanan mereka yang menggagalkan usaha British menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu.

“Bantahan rakyat yang bersatu berjaya menggagalkan rancangan British itu, sebelum kesedaran politik menyatukan rakyat sehingga bangkit untuk menuntut kemerdekaan pada 1957,” katanya.

3 COMMENTS

  1. Bangsa yg tk sedar diri macam kutu, duduk menumpang tetapi nk duduk atas kepala ……. mana2 negara kalau ada bangsa ni, kalau dibagi muka, lama2 nk naik ke kepala. bangsa melayu terlalu lembut terlalu banyak tolak ansur dengan bangsa ni …….. tarik balik sekolah2 mereka ujudkn pendidikan mengikut perlembagaan …… kuat kuasakn undang2 mengikut perlembagaan, jika ada perkara yg melangar pelembagaan ditimbulkan tarik balik kerakyatan mereka.

  2. Relax la bro r”man….mang btoi ckap bro,ni gaya naik pale tp ingt disebabkn bngsa 2….Jgn hukum semoa bngsa yg ad d m”sia,sal yg ikot kerajaan gan lembut n tolak ansur pn turut di hukum….kemungkinan jd huru hara kot,jgn ikot perasaan ja……pkiq la sama bro.semoa ad perasaan ego trsendri,tp pkir lu……bnyak g kot cara Nk setel bnda ni,sowi la bro lw trkasaq bhasa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.