TUN Mahathir Mohamad kini makin ditekan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tekanan itu dibuat oleh Kumpulan pro-Anwar yang akan menetapkan tarikh untuk Tun Mahathir berbuat demikian.

Alasanya, Tun Mahathir didakwa tiada pendirian tetap untuk berundur.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, tarikh itu akan ditetapkan dalam tempoh seminggu.

“Sidang media sebelum ini kami minta Mahathir letak tarikh bila beliau nak serah dan dia tidak letak satu tarikh nak lepas jawatan kepada Anwar.

“Kami sendiri akan letak tarikh untuk beliau, sama ada awal Januari 2020 atau Mei 2020, cukup 2 tahun, setuju atau tidak setuju, itu pandangan kami.

“Memandangkan Mahathir ding dong ding dong nak serah kepada Anwar, kami tengok pendirian beliau sekarang lain macam, sekejap mengadakan perbincangan dengan PAS, bincang dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya menurut FMT.

Bulan lalu, Otai Reformis menggesa Mahathir menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Sebelum pilihan raya umum ke-14, Mahathir bersama pimpinan Pakatan Harapan membuat perjanjian untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi perdana menteri ke-8 selepas 2 tahun gabungan itu mentadbir negara.

Razak mengakui tiada perjanjian rasmi untuk Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas 2 tahun, tetapi katanya, pengerusi PPBM itu perlu mengotakan janjinya kepada PH sebelum PRU14.

“Sebelum PRU, tiada perjanjian hitam putih nak serah jawatan kepada Anwar sebab mereka sendiri tidak yakin boleh menang. Mahathir sendiri pernah cakap beliau tidak percaya boleh menang sebab itu banyak manifesto gagal dilaksana.” – 4 Ogos, 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.