POLIS tidak menolak kemungkinan pemilik akaun Facebook mengunakan nama Wendy Loong dan memuat naik hantaran laman sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW menggunakan akaun palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata kemungkinan individu berkenaan menggunaan akaun Facebook palsu.

Katanya, sehingga kini polis masih giat menjalankan siasatan berhubung perkara terbabit.

“Besar kemungkinan ia menggunakan akaun facebook palsu, besar kemungkinann

“Kalau tidak kita mesti kita sudah dapat tahu lama dah. Perkara ini (perbuatan ) ini di alam maya, jadi ia ambil masa sedikit, kena lihat dari sudut teknikal, sumbernya dari mana.

“Apapun, siasatan sedang giat dijalankan,” katanya menurut Bernam.

Setakat ini polis menerima lebih 400 laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.

Sebelum ini tular di laman sosial facebook berhubung satu akaun Facebook menggunakan nama seorang wanita dan memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad. – 4 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.