NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan ahli-ahli parti itu agar tidak tergugat dengan cerita bahawa parti itu bakal diharamkan.

Jelasnya, kepimpinan parti itu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan bagi menghadapi perkara seperti itu sekiranya ia benar-benar terjadi.

“Ahli-ahli UMNO diingatkan agar tidak bimbang dengan cerita mengenai parti itu bakal diharamkan.

“Kita (kepimpinan) telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan UMNO tidak diharamkan.

“Saya pergi ke Larut dan mereka nak masuk parti Putra kerana takut,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan ahlinya supaya tidak takut dengan cerita-cerita mengarut yang tersebar, sebaliknya mereka perlu terus percaya kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Kena ingat ini, janganlah bila orang kata UMNO akan diharamkan tak lama lagi, (anda) bimbang sangat.

“Berikan kepercayaan kepada pimpinan tertinggi kerana kita tidak akan benarkan sesiapapun haramkan parti kita.

“Malah kita ada pelan B, C jika senario buruk berlaku, jadi jangan risau. Yang penting kita teruskan perjuangan,” katanya. – 5 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.