PARTI Amanah Negara (Amanah) dinasihati agar tidak berang apabila dicop sebagai ekor parti DAP.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memberi gambaran sedemikian berdasarkan sokongan yang ditunjukkan parti itu terhadap DAP.

“Ahli Amanah jangan marah sekiranya mereka dilabel sebagai ekor DAP.

“Memang jelas dan nyata perkara itu juga turut disaksikan oleh rakyat betapa pimpinan Amanah sentiasa mempertahankan DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada itu, Mohd Khairuddin turut memberi respon merujuk kepada kenyataan terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkaitan isu bantahan penggunaan tulisan jawi dan seni khat.

Beliau mempersoalkan kenapa menteri dalam kepimpinan Amanah tidak menasihati DAP sebaliknya menyokong usaha mereka untuk bantah penggunaan tulisan jawi.

“Cuba tengok berita terkini, menteri agama pertahankan DAP dalam isu seni khat dan tulisan jawi. Yang berdemo ialah (bangsa) Cina, pendokong DAP, yang membuat bantahan rasmi terhadap tulisan Jawi (pula) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

“Tapi yang nak dipersalahkan ialah Pas dan UMNO.

“Sikap Mujahid mengaitkan pemimpin Pas dan UMNO dalam isu tersebut yang sepatutnya dia menasihati dan menegur pemimpin DAP itu.

“Demikianlah ekor akan ikut kepalanya. Jangan marah kerana itu memang hakikat,” katanya. – 5 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. AMANAH Ekor DAP? ? Kepala Bapak Hang!!! PAS , Hadi Dan yg di atas tu, adalah CANDUKAN Melayu Desa /Kg Melalui Janji “Mati Syurga”+ Gunakan Kalimah /Ayat2 Al Qur’an/Hadith utk Kayakan Diri @ BerBini lebih dr Satu Tanpa Mengira “Didikan/Asuhan” Anak2 utk Hidup “Competitive” Vs (Lwn) Chinese? ??

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.